IDEOLOGI KAMAL ATARTUK DI TURKI  

Posted by JokerWalk

IDEOLOGI KAMAL ATARTUK DI TURKI
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden"
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Menganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun.

manakala ini adalah sebahagian cerita mengenai sebelum kematiannya ...
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam.

Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (saya tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama Etna Grafi (kalau tak silap dengar) Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan mar-mar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu mar-mar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"


jika dipandang dr segi sejarah, Mustafa Kamal Atartuk adalah hero utk negara Turki .. tp dr segi pandangan lain, kemungkinan tidak.
so aper pendapat you all ttg Mustafa Kamal Atarturk?

fakta: Mustafa Kamal Atartuk ialah dr keturunan Yahudi.

Surat Wasiat Pejuang Islam  

Posted by JokerWalk




P/S... Maaf visual kurang memuaskan, namun ringkasan dari surat-surat wasiat para
pejuang islam yang telah terkorban didalam mempertahankan agama islam baru-baru ini banyak membawa maksud yang tersirat dan tersurat...bersatu bersama dengan satu laungan
takbir " ALLAHUAKHBAR "

BERINGAT LA SKIT BRO...  

Posted by JokerWalk


Suatu Hari....... Dari kejauhan, lampu lalulintas di satu persimpangan itu masih menyala hijau. Harun segera menekan pedal minyak kenderaannya. Dia tak mau terlambat. Apalagi ia tahu penempatan di situ cukup padat sehingga lampu merah biasanya menyala cukup lama. Kebetulan jalan di depannya agak lengang. Lampu berganti kuning. Hati Harun berdebar berharap semoga ia boleh melepasi lampu hijau itu dengan segera. Tiga meter sebelum garis jalan, lampu merah menyala. Harun bimbang, haruskah ia berhenti atau terus saja. "Ah, takkan nak brake mendadak," fikirnya sambil terus memandu laju. Priiiiiiiiiiiiiiit! Di seberang jalan seorang pegawai polis melambaikan tangan memintanya berhenti. Harun menepikan kenderaannya agak jauh sambil mengumpat dalam hati. Dari cermin pandang sisi ia melihat pegawai polis itu. Wajahnya tak terlalu asing baginya. Jamal rupanya! Sahabat baiknya semasa di sekolah menengah dulu. Hati Harun agak lega. Dia cepat cepat keluar sambil melambai mesra. "Pekabo, Jamal! Lamanya tak jumpa...last jumpa masa aku kawen dulu" "Aku baik je." Tanpa senyum. "Alahai...aku ndak cepat nih. Bini aku dah lama menunggu di rumah." "Oh ye ke?" Nampaknya Jamal ragu. "Ye la Mal, hari ini bini aku punya birthday. Dia dan anak-anak sudah menyiapkan semuanya. Tentu aku tidak boleh terlambat, kawan-kawannya pun sedang menunggu " "Aku paham. Tapi, sebenarnya aku dah lama peratikan kau...selalu sgt kau langgar lampu merah di persimpangan ini." Harun mesti ganti strategi. "Jadi, kau nak menyaman aku ker? Tapi tadi aku tidak melanggar lampu merah. Sewaktu aku jalan lampu kuning masih menyala." Berdusta sedikit boleh melancarkan keadaan fikir Harun. "Ok. Sebenarnya aku nampak jelas. Tolong keluarkan lesen dan kad pengenalan." Dengan kesal Harun menyerahkan lesen dan kad pengenalan lalu masuk ke dalam kenderaan dan menutup kaca tingkapnya. Sementara itu Jamal menulis sesuatu di buku catatannya. Beberapa saat kemudian Jamal mengetuk kaca tingkap kereta harun. Harun memandang wajah Jamal dengan penuh kecewa. Diturunkan tingkap sedikit saja. "Ah, satu inci cukup untuk memasukkan surat saman." Fikir Harun. Tanpa berkata-kata Jamal terus kembali ke tempat dia bertugas. Harun mengambil surat saman yang diselitkan Jamal. Tapi, hei apa ini. Ternyata lesen memandu dan ic dikembalikan bersama sebuah nota. Kenapa ia tidak menyaman aku. Lalu nota ini apa? Semacam gurauan atau apa? Tergesa-gesa Harun membuka dan membaca nota yang berisi tulisan tangan Jamal. ------------ --------- --------- -------- "Harun... Kau tahu kan aku dulu ada seorang anak perempuan dan seorang isteri yang cantik. Sayang, mereka sudah meninggal dunia. Dilanggar pemandu yang tidak memperdulikan lampu merah di persimpangan ini. Pemandu itu dihukum penjara selama 3 bulan. Sekarang pemandu itu bebas bertemu isteri dan memeluk ketiga2 anaknya lagi. Sedangkan anak dan isteriku sudah tiada. Hari ini aku sendirian menyesali peristiwa itu. Yang pergi tidak akan kembali lagi. Beberapa kali aku cuba memaafkan pemandu itu tetapi sangat sukar. Begitu juga kali ini bila sahabatku sendiri memandu seperti pemandu itu. Aku kecewa teramat sgt. Berhati-hatilah ketika memandu Run" - Jamal ------------ --------- --------- -------- Harun terkedu. Ia segera keluar dari kenderaan mencari Jamal. Namun, Jamal sudah meninggalkan pos tempat ia bertugas. Sepanjang jalan pulang ia memandu perlahan dengan hati tak tentu
sambil berharap kesalahannya dimaafkan.
Tak semestinya anggapan kita adalah sama dengan pengertian orang lain. Boleh jadi suka kita adalah duka rakan kita. Hidup ini sangat berharga, jalanilah dengan penuh hati-hati, mengerti perasaan orang lain dan bertimbangrasa.


 

Posted by JokerWalk

Seorang Nurse, Ratna menahan teksi. Sedang dalam perjalanan.. . Pemandu teksi iaitu Feddy asyik memerhati Nurse itu melalui cermin tengahnya..Merasa kehairanan.. . Nurse itu bertanya...

"Encik.. kenapa encik melihat saya begitu ??"

Feddy tersenyum malu dan berkata...
" Sebenarnya.. . saya selalu berfantasi.. ..maaf ya... saya sangat ingin mencium seorang Nurse..."

"Oh begitu!! tak der mas alah... encik boleh mencium saya.. kalau itu memang memberikan ketenangan buat encik... tapi saya ada syarat iaitu encik mesti masih single" kata Nurse...

Feddy gembira dan berkata...
"iya...iya, saya masih single".

Kemudian teksi itu diberhentikan di jalan sepi... Feddy terus mencium nurse itu selama 10 minit... kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali.

Tapi feddy menangis teresak-esak sambil berkata...

"Maafkan saya cik... saya merasa bersalah... sebenarnya saya sudah berkahwin".

Mendengar penerangan itu Ratna tersenyum bijak dan berkata...

"Sudahlah encik... tidak ada apa-apa yang perlu di bimbangkan.. . Saya juga bersalah. Saya juga bukanlah seorang Nurse... saya adalah seorang Mak Nyah yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke pesta pakaian beragam

 

Posted by JokerWalk


Muharram

Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika
tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik
dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar
cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada
dalam selamat.



Safar

Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbu bapanya perlu
mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak,
kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu,
sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya
ianya akan mendatangkan hasil.




Rabiul Awal

Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi
orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang
suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan
mudah marah.



Rabiul Akhir

Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah,
buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya
menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran
dalam mendidiknya.



Jamadil Awal

Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad,
kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu,
keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang
menemui kegagalan juga.



Jamadil Akhir

Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada
padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah
mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak
mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik
agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul
didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.



Rejab

Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya
dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika
sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu
menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau
bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.



Sya'aban

Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus.
Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan.
Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa
dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat
rezeki.



Ramadhan

Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman
yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupanya selalu
selamat.



Syawal

Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang
lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah
mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika
tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia
selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.



Zulkaedah

Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi
buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan
mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak
berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya
bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang
memuaskan.


Zulhijjah


Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia
sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal
perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebalikknya. 0leh
kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar
mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana
kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.



Pontianak Derhaka  

Posted by JokerWalk


Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak nunjuk

siapa yang paling terer.

Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan

tunjuk sapa paling power. Pontianak yang paling muda diberi kesempatan

untuk







memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2

minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan.








Terus dia berkata : 'Nkorang nampak kampung kat seberang bukit itu ?'

Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, 'Iya, nampak. 'Satu kampung tu

itu...habiissss aku kerjakan!!!! '












Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda. Kini

giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun pergi sekelebat

jugak, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran

darah.














'Nkorang nampak Bandar tu ?', katanya dengan muker yg kerek 'Iya,

nampak', yang dua ngangguk juga. 'Satu bandar itu juga habiiissssss! !!',

kata







pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram,' ha ha ha hah'.








Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak.

Dia pun tunjukk skill terbang cam kilat. Amat lah terperanjat nya dua

sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh

cucuran darah di mukanya...












Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata, 'gilaa ahh dia ni tak sempat aku

nak duduk dia dah balik, memang dia paling power'. Sambil mengosok gosok

idong nya pontianak tu pun berkata , 'Nkorang nampak tembok batu tu ?'

'Nampak! Nampak!', kata yang 2 ekor tu...











'Err aku tadi tak nampak'.






Technician Lab  

Posted by JokerWalk














SURAT CINTA TIJAH TOWN  

Posted by JokerWalk



Tijah budak kampung, tapi bekerja di Kuala Lumpur .

Biasalah bila sudah duduk "town", mula lupa asal usul. Pakaian seksi maut, bercinta pula dgn lelaki mat saleh. Ke hulu ke hilir menayang
boyfriendnya yg bermata biru.

Punyalah eksyen si Tijah, hinggalah suatu hari dia ternampak lelaki Inggeris tadi dgn wanita lain yg lebih cantik dan bergaya daripadanya.
Tijah menangis tiga hari tiga malam. Pada malam ke empat, Tijah mengambil sehelai kertas dan menulis surat untuk memutuskan
perhubungannya dgn lelaki mat saleh tadi yg baru sebulan dikenalinya.

Begini bunyi surat yg ditulis oleh Tijah binti Kulup Kecil, yg berjaya "dicuri" ...

************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* **

Mike....

I WANT TO CUT CONNECTION US.

I have think about this very cook-cook. I know I clap one hand only.
Correctly, I have seen you and she walk-walk together at town with eyes myself. You grab hand she.

You always ask for apology back-back. I don't trust you again! You are really crocodile land.

My friend speak you play wood three. First-first I think my friend lie me. But now I know you correct-correct play wood three.

So, I break connection to pull my body from this love triangle. I know this result I pick is very correct, because you love she very high from
me.

So, I cut this connection to go far from here. I don't want you to play-play with my liver.

I have been crying until no more eye water thinking about you. I don't want banana to fruit two times.

Safe walk..
Tijah

CINTA atau BAS  

Posted by JokerWalk


Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak,

"Eee... penuhnya... tak de tempat duduk."

Jadik, awak katakan pada diri awak,

"Saya akan tunggu bas yg lain."

Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua.Awak nengok bas tu dan awak akan cakap,

"Eee... bas ni buruk sgt...
mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan."

Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak
bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya. Setelah
beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata,


"Emmm.... takde air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain."

Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan
baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak. Walaupun yg datang
tu adalah bas yang berair-cond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadik, (terutamanya golongan perempuan) lelaki pun samalah mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu. Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan), awak tahan bas tu >>tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak! Hahahaha.... Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!

Ni Kambing pakcik yang Punyo...  

Posted by JokerWalk

Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala
biri-biri.

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh
saya tanya beberapa soalan tak?

Pakcik : Boleh aje...

Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap
hari?

Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"

Pemuda : Yang putih.

Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam
kilometer setiap hari.

Pemuda : Yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan
setiap hari?

Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih?

Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo
rumput setiap hari.

Pemuda : Dan yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan
setiap tahun?

Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih?

Pakcik : Aaa...yang putih menghasilkan sekitar enam
kilo bulu setiap tahun.

Pemuda : Dan yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg
putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?

Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu
pakcik yang punya.

Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa
punya?

Pakcik : Yang hitam pun sama....

Padan Muka...  

Posted by JokerWalk

Seorang pemuda yang menuntut diluar negara telah pulang ke tanah air.Sesampainya dirumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang Guru agama,atau siapa saja yang mampu menjawab 3 pertanyaannya.

Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut.

Pemuda : siapa anda? dan mampukah anda jawab soalan yang akan saya kemukakan?

Ustaz : Saya hamba Allah dan dengan izinnya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda : Anda yakin? sedangkan Profesor dan banyak orang pintar tidak mampu menjawab
pertanyaan saya.

Ustaz : Saya akan cuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda : Saya punya 3 soalan.
1 . Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya.

2 . Apakah yang dinamakan takdir?

3 . Kalau syaitan diciptakan daripada api kenapa syaitan dimasukkan ke dalam
Neraka yang di perbuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan sebab
mereka memiliki unsur yang sama.Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh
itu?

Tiba-tiba ustaz tersebut menampar pipi si pemuda dengan keras...

Pemuda (sambil menahan sakit) : kenapa anda marah pada saya?

Ustaz : saya tidak marah..Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 buah pertanyaan yang di
ajukan pada saya.

Pemuda : saya tidak mengerti.

Ustaz : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentunya sakit

Ustaz : jadi anda percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda : ya

Ustaz : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda : saya tidak mampu

Ustaz : Itulah jawapan bagi pertanyaan pertama,kita semua merasakan kewujudan Tuhan
tanpa mampu melihat wujudnya.

Ustaz : Apakah malam tadi anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak

Ustaz : Itulah yang dinamakan takdir

Ustaz : Tangan yang saya gunakan untuk menampar anda dibuat daripada apa?

Pemuda : Kulit

Ustaz : pipi anda dibuat daripada apa?

Pemuda : Kulit

Ustaz : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit

Ustaz : Walaupun syaitan terbuat dari api dan Neraka Jahanam terbuat dari api, jika
Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat menyakitkan untuk syaitan...

CTRM sept 2002 - april 2008  

Posted by JokerWalk

TZM Dalam Kenangan
May 2oo3

Belakang tue Bilik Abg Joy...
April 2003

On Da Way pi Air Papan Mersing..
2004

Spoiler A320
2004

hahaha...Faham-faham jela..
2003

feb 2008