SURAT CINTA TIJAH TOWN  

Posted by JokerWalk



Tijah budak kampung, tapi bekerja di Kuala Lumpur .

Biasalah bila sudah duduk "town", mula lupa asal usul. Pakaian seksi maut, bercinta pula dgn lelaki mat saleh. Ke hulu ke hilir menayang
boyfriendnya yg bermata biru.

Punyalah eksyen si Tijah, hinggalah suatu hari dia ternampak lelaki Inggeris tadi dgn wanita lain yg lebih cantik dan bergaya daripadanya.
Tijah menangis tiga hari tiga malam. Pada malam ke empat, Tijah mengambil sehelai kertas dan menulis surat untuk memutuskan
perhubungannya dgn lelaki mat saleh tadi yg baru sebulan dikenalinya.

Begini bunyi surat yg ditulis oleh Tijah binti Kulup Kecil, yg berjaya "dicuri" ...

************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* **

Mike....

I WANT TO CUT CONNECTION US.

I have think about this very cook-cook. I know I clap one hand only.
Correctly, I have seen you and she walk-walk together at town with eyes myself. You grab hand she.

You always ask for apology back-back. I don't trust you again! You are really crocodile land.

My friend speak you play wood three. First-first I think my friend lie me. But now I know you correct-correct play wood three.

So, I break connection to pull my body from this love triangle. I know this result I pick is very correct, because you love she very high from
me.

So, I cut this connection to go far from here. I don't want you to play-play with my liver.

I have been crying until no more eye water thinking about you. I don't want banana to fruit two times.

Safe walk..
Tijah

CINTA atau BAS  

Posted by JokerWalk


Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak,

"Eee... penuhnya... tak de tempat duduk."

Jadik, awak katakan pada diri awak,

"Saya akan tunggu bas yg lain."

Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua.Awak nengok bas tu dan awak akan cakap,

"Eee... bas ni buruk sgt...
mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan."

Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak
bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya. Setelah
beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata,


"Emmm.... takde air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain."

Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan
baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak. Walaupun yg datang
tu adalah bas yang berair-cond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadik, (terutamanya golongan perempuan) lelaki pun samalah mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu. Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan), awak tahan bas tu >>tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak! Hahahaha.... Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!

Ni Kambing pakcik yang Punyo...  

Posted by JokerWalk

Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala
biri-biri.

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh
saya tanya beberapa soalan tak?

Pakcik : Boleh aje...

Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap
hari?

Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"

Pemuda : Yang putih.

Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam
kilometer setiap hari.

Pemuda : Yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan
setiap hari?

Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih?

Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo
rumput setiap hari.

Pemuda : Dan yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan
setiap tahun?

Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih?

Pakcik : Aaa...yang putih menghasilkan sekitar enam
kilo bulu setiap tahun.

Pemuda : Dan yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg
putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?

Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu
pakcik yang punya.

Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa
punya?

Pakcik : Yang hitam pun sama....

Padan Muka...  

Posted by JokerWalk

Seorang pemuda yang menuntut diluar negara telah pulang ke tanah air.Sesampainya dirumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang Guru agama,atau siapa saja yang mampu menjawab 3 pertanyaannya.

Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut.

Pemuda : siapa anda? dan mampukah anda jawab soalan yang akan saya kemukakan?

Ustaz : Saya hamba Allah dan dengan izinnya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda : Anda yakin? sedangkan Profesor dan banyak orang pintar tidak mampu menjawab
pertanyaan saya.

Ustaz : Saya akan cuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda : Saya punya 3 soalan.
1 . Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya.

2 . Apakah yang dinamakan takdir?

3 . Kalau syaitan diciptakan daripada api kenapa syaitan dimasukkan ke dalam
Neraka yang di perbuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan sebab
mereka memiliki unsur yang sama.Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh
itu?

Tiba-tiba ustaz tersebut menampar pipi si pemuda dengan keras...

Pemuda (sambil menahan sakit) : kenapa anda marah pada saya?

Ustaz : saya tidak marah..Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 buah pertanyaan yang di
ajukan pada saya.

Pemuda : saya tidak mengerti.

Ustaz : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentunya sakit

Ustaz : jadi anda percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda : ya

Ustaz : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda : saya tidak mampu

Ustaz : Itulah jawapan bagi pertanyaan pertama,kita semua merasakan kewujudan Tuhan
tanpa mampu melihat wujudnya.

Ustaz : Apakah malam tadi anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak

Ustaz : Itulah yang dinamakan takdir

Ustaz : Tangan yang saya gunakan untuk menampar anda dibuat daripada apa?

Pemuda : Kulit

Ustaz : pipi anda dibuat daripada apa?

Pemuda : Kulit

Ustaz : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit

Ustaz : Walaupun syaitan terbuat dari api dan Neraka Jahanam terbuat dari api, jika
Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat menyakitkan untuk syaitan...

CTRM sept 2002 - april 2008  

Posted by JokerWalk

TZM Dalam Kenangan
May 2oo3

Belakang tue Bilik Abg Joy...
April 2003

On Da Way pi Air Papan Mersing..
2004

Spoiler A320
2004

hahaha...Faham-faham jela..
2003

feb 2008